ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK: SEJAUH MANAKAH KAEDAH LATIH TUBI MASIH RELEVAN DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK?

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Pages

Wednesday, December 23, 2015

SEJAUH MANAKAH KAEDAH LATIH TUBI MASIH RELEVAN DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK?


Banyak kajian terhadap kaedah pengajaran berkesan. Kajian-kajian eksperimental sering membandingkan kaedah alternatif seperti inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dengan kaedah konvensional yang sering dipraktikkan oleh guru-guru. Adakah ini bermaksud kaedah konvensional tidak lagi sesuai dengan peredaran masa kini? Dalam proses pembelajaran dan pengajaran Matematik, kaedah latih tubi merupakan strategi dalam kaedah konvensional yang sering digunakan oleh guru.


Pakar motivasi dan juga bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas JUSA B, Dr. Ismail Zain berkata, bentuk pembelajaran seperti latihan latih tubi masih relevan dan terbukti berkesan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran berdasarkan kajian pendidikan yang dijalankan sebelum ini. Konsep belajar latih tubi ini juga membantu pelajar menguasai bahan-bahan melalui self paced dan self directed atau pembelajaran terarah kendiri yang merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran bestari (Utusan Malaysia, 2014)


Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, menyatakan ada beberapa perkara yang menjadikan sekolah Cina begitu cemerlang dalam Matematik dan Sains. Antara faktor utama adalah bentuk pengajaran latih tubi lebih banyak ditekankan berbanding sekolah kebangsaan. Seorang murid darjah empat misalnya, akan diarahkan oleh guru membuat latih tubi matematik antara 50 hingga seratus soalan setiap hari. Di peringkat darjah enam pula, sebuah buku tulis latihan matematik yang mengandungi 100 muka surat akan habis digunakan dalam tempoh satu minggu sahaja (Utusan Malaysia, 2009)


Namun begitu, Noraini Idris (2001) melalui kajian dan pemerhatian amalan pengajaran guru mendapati kaedah latih tubi boleh menjadi faktor penghalang kepada pembelajaran berkesan. Menurut beliau, kaedah latih tubi boleh dimurnikan dengan cara berikut :

  • Pelbagaikan cara mengadakan latih tubi.
  • Jangan melebihi 5 minit bagi satu sesi latih tubi.
  • Jangan merangka bagaimana mendapat sesuatu jawapan.
  • Beritahu pelajar tentang tujuan mengadakan latih tubi.
  • Jangan menegaskan atau membandingkan markah antara pelajar.



Rujukan :


Mohd Khuzairi Ismail.(24 November, 2009). Mencontohi kelebihan sekolah Cina. Diperoleh pada Disember 22, 2015 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp=2009&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz3v9qw4rmb


Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publication.

Utusan Malaysia. (23 Jun, 2014). Tepati pembelajaran abad-21. Diperoleh pada Disember 22, 2015 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140623/pe_01/Tepati-pembelajaran-abad-ke-21

No comments: