ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK: Budaya Sekolah - PERSEDIAAN PEPERIKSAAN DI SAAT AKHIR

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Pages

Wednesday, December 23, 2015

Budaya Sekolah - PERSEDIAAN PEPERIKSAAN DI SAAT AKHIR

Bulan Oktober hingga Disember merupakan bulan yang paling getir bagi setiap murid dan guru. Pada ketika ini, murid tingkatan 3 akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) manakala murid tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kedua-dua peperiksaan ini merupakan kemuncak pembelajaran selama 3 dan 5 tahun di sekolah menengah. Keputusan peperiksaan itu nanti bakal memberi kesan tersendiri terhadap murid. Keputusan peperiksaan PT3 yang baik akan memberikan peluang kepada murid ke sekolah yang lebih baik seperti sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan kolej vokasional. Keputusan SPM pula akan menentukan nasib murid tersebut untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Ia akan mempengaruhi kelayakan kursus yang ingin diambil. Walaupun impak kedua-dua peperiksaan lebih besar kepada murid, namun guru-guru sama-sama berusaha dalam mencapai keputusan peperiksaan yang baik

Menjadi budaya di sekolah Cikgu Nona, di SMK Rantau Panjang, Klang guru dan murid berusaha sehingga ke saat akhir sebelum peperiksaan. Guru-guru di sini sedia berkorban masa dan perkara lain demi membantu murid di saat akhir. Pada pengamatan Cikgu Nona sendiri, di saat akhir inilah murid lebih mudah menerima apa yang guru sampaikan dengan kata lain cepat pick up. Guru-guru mata pelajaran kebiasaannya akan mengatur kelas dengan murid mereka mengikut jadual yang dipersetujui oleh guru-guru mata pelajaran yang mengajar satu-satu kelas. Sehari sebelum peperiksaan (***walaupun hari Ahad), guru-guru akan meluangkan masa dengan murid membuat ulangkaji kali terakhir atau panitia Cikgu Nona akan panggil program ini sebagai Pecutan Akhir. Murid akan mempunyai peluang berbincang masalah dengan guru mahu pun rakan lain. 

Begitulah yang dinamakan guru. Semoga usaha murni guru-guru sentiasa diberkati Allah dan diakhiri dengan kejayaan anak-anak didik.


Kehadiran murid yang menggalakkan.

Murid membuat latih tubi sebagai pecutan akhir.




No comments: