ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK: MENGAPA PERLU ICT DALAM PdP?

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Pages

Wednesday, December 23, 2015

MENGAPA PERLU ICT DALAM PdP?

Sejajar dengan perkembangan teknologi, guru perlu mengubah pendekatan pengajaran. Pengajaran berbantukan ICT dalam Matematik tidak dapat dinafikan kebaikannya dan potensi dalam meningkatkan pencapaian, minat, sikap dan persepsi mereka terhadap Matematik. Guru perlu sedar bahawa pelanggan guru masa kini adalah murid daripada generasi Z (murid sekolah rendah dan menengah). Mereka telah mula melayari internet dan web seiring dengan usia mereka sejak mereka masih belum bercakap. Generasi Z telah dibimbing dan digalakkan oleh ibu bapa menggunakan dunia laman sosial sejak kecil lagi. Dengan kata lain, generasi Z membesar di dalam dunia yang semuanya berhubung menerusi teknologi sejak dari awal lagi. Mereka merupakan generasi digital. Justeru, penting bagi guru memastikan pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan latar belakang dan amalan murid. 


(Sumber : Youtube)


Banyak kajian mengenai kaedah pengajaran berbantukan ICT menunjukkan dapatan positif. Ayu Erlina dan Effandi Zakaria (2014) mendapati murid yang diajar menggunakan Geogebra mempunyai pemahaman konsep dan daya ingatan yang lebih berbanding murid yang belajar secara konvensional. Hairiah Munip (2012) mendapati pengajaran berbantukan komputer mampu menggalakkan murid belajar dengan aktif dan lebih berkeyakinan. Perisian-perisian matematik seperti Geometer’s Sketchpad dan Geogebra  juga memberi impak tersendiri kepada murid. Penggunaan perisian-perisian ini memberi kesan yang positif terhadap kefahaman konsep matematik (Endang Istikomah & Nor Sakinah Mohamad, 2013 ; Hutkemri & Effandi Zakaria, 2014), pencapaian (Azlina Mohd Kosnin & Suhaila Abdullah, 2008), minat (Nor Hayati Mt Ali, 2012) dan persepsi ( Haryani Hamid & Norhayati Ismail, 2012). 

Dapatan menunjukkan murid menerima dengan baik penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Walaupun guru bukan dalam kalangan generasi Z yang lahir dalam era digital, namun guru perlu berusaha mendalami dan mempraktikkan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 

***Nota generasi :

Tapscott (2008) dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya) 
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964) 
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X 
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y 
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga 2009) – Generasi Z 
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A


Rujukan :


Ayu Erlina & Effandi Zakaria. (2014). Kesan keupayaan perisian Geogebra ke atas keupayaan penyelesaian masalah dan pencapaian matematik pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik, 2, 51 – 64.

Azlina Mohd Kosnin & Suhaila Abdullah. (2008). Kesan pengajaran berbantukan Geometer’s Skechpad terhadap pencapaian pelajar dalam topik transformasi. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Universiti Teknologi Malaysia, 11 – 12 Oktober.

Endang Istikomah & Nor Sakinah Mohamad (2013). Kesan penggunaan perisian Geometer’s Sketchpad ke atas kefahaman konsep matematik pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik, 1(2), 1-13.

Hairiah Munip. (2012). Apikasi pendekatan konstruktivisme dalam reka bentuk pengajaran berasaskan komputer : pengaruhnya terhadap pencapaian berdasarkan aras kognitif pelajar. Science Education, 1, 100 – 118.

Haryani Hamid & Norhayati Ismail. (2012). Kajian persepsi penerimaan dan perlakuan pelajar terhadap perisian Geogebra. Diperoleh pada November 23, 2015 daripada http://ecrim.ptsb.edu.my/file/20141106092627.pdf

Hutkemri & Effandi Zakaria. (2014). Impact of using Geogebra on students’ conseptual and procedural knowledge of limit function. Mediterranean Journal of Social Science, 5(23), 873 – 882.

Nor Hayati Mt Ali. (2012). Pengajaran dan pembelajaran matematik berbantukan komputer : keberkesanan perisian The Geometer’s Sketchpad untuk tajuk penjelmaan. Diperoleh pada November 20, 2015 daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2003/norhayatiIPDAkk.pdf

Taspcott, Don (2008). Grown up digital: how the net generation is changing your world. McGraw-Hill.

No comments: