ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK: PEMBELAJARAN KOPERATIF : Definisi dan Prinsip

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Pages

Sunday, September 27, 2015

PEMBELAJARAN KOPERATIF : Definisi dan Prinsip


Pembelajaran koperatif menekankan interaksi antara pelajar
dengan pelajar dengan guru bertindak sebagai fasilitator.


Johnson dan Enderson (1976) menyatakan pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang mengkehendaki pelajar bersama-sama dalam menyiapkan satu tugasan bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan saling bantu-membantu memberi penerangan sesama mereka dan tidak bergantung kepada guru. Guru akan memberi pujian kepada kumpulan yang yang menunjukkan hasil akhir yang memuaskan.

Ted Panitz (1996) menyatakan pembelajaran koperatif merupakan satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi bersama untuk mencapai matlamat atau membina hasil akhir yang  ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.

Mengikut Kamus Dewan (1998), koperatif bermaksud kerjasama. Pembelajaran koperatif merujuk kepada pembelajaran yang menggalakkan pelajar belajar bersama, berkongsi maklumat, bertukar pendapat dan berinteraksi antara satu sama lain dalam bentuk kumpulan kecil.

Kesimpulannya, pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan pengajaran yang memerlukan pelajar bekerjasama dan berperanan tertentu dalam kumpulan kecil untuk menyiapkan tugasan diberi ke arah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan guru.

Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi keempat-empat prinsip PIES iaitu :

P  Pergantungan positif (Positif interdependence)
I   Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)
E  Penglibatan seimbang/sama (Equal participation)
S  Interaksi serentak (Simultaneous interaction)

Terdapat lebih daripada 60 struktur pembelajaran koperatif yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Beberapa struktur akan dibincangkan dalam entri akan datang.


Beberapa contoh struktur pembelajaran koperatif.



Rujukan :

Ismail Said (2009). Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah. Shah Alam : Karisma Publication Sdn Bhd.


Shukeri Hamzah (2012). Pembelajaran Koperatif. Di muat turun daripada http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/gkb1053/sumber/koperatif%20dan%20kolaboratif.pdf

No comments: